MasyaAllah, sehingga sekarang aku masih tidak menyangka yang aku sanggup mencuri wang ayahku sebanyak RM5 hanya kerana terpengaruh dengan challenge dari rakan rakan. Akibatnya, aku dipukul dan di asingkan oleh ayahku selama 2 hari.
Wang itu aku gunakan untuk belanja rakan rakanku dan juga memberikannya kepada sepupuku yang agak tidak mampu. Mungkin pada sangkaan aku yang ketika itu baru darjah 3, apa yang aku lakukan adalah sesuatu yang murni (kononlah ).
Balik aje ke rumah, kami bertiga terus dipanggil mengadap dan disoal ( macam seorang banduan lagaknya - maklumlah anak polis ). Aku tak sangka yang ayah aku adalah seorang yang begitu teliti terutama bila tiba soal wang. Dia mampu mengingati jumlah wang yg ada di dalam dompetnya dan juga berapa keping ( nilai rm ) yang dia ada. Aku tewas di situ. Akhirnya aku mengaku dan sebagai hadiah, aku telah menerima 5 kali rotan di tapak tangan ku ( menyamani nilai wang yang aku curi ) dan diasing kan selama 2 hari dari makan bersama - tgk tv bersama dan apa apa ajelah bersama.
SEDIHHHHHHHH SANGAT tapi padanlah dengan muka.
Sehingga kini, aku masih teringat dan menjadikan ia sebagai panduan aku dalam mendidik anak anak agar tidak mengambil wang dari dompet ibubapa melainkan meminta izin terlebih dahulu. Alhamdulillah

No comments:
Post a Comment