Saturday, September 18, 2010

KESALAHAN PALING BESAR DIZAMAN KANAK KANAK

MasyaAllah, sehingga sekarang aku masih tidak menyangka yang aku sanggup mencuri wang ayahku sebanyak RM5 hanya kerana terpengaruh dengan challenge dari rakan rakan. Akibatnya, aku dipukul dan di asingkan oleh ayahku selama 2 hari.

Wang itu aku gunakan untuk belanja rakan rakanku dan juga memberikannya kepada sepupuku yang agak tidak mampu. Mungkin pada sangkaan aku yang ketika itu baru darjah 3, apa yang aku lakukan adalah sesuatu yang murni (kononlah ).

Balik aje ke rumah, kami bertiga terus dipanggil mengadap dan disoal ( macam seorang banduan lagaknya - maklumlah anak polis ). Aku tak sangka yang ayah aku adalah seorang yang begitu teliti terutama bila tiba soal wang. Dia mampu mengingati jumlah wang yg ada di dalam dompetnya dan juga berapa keping ( nilai rm ) yang dia ada. Aku tewas di situ. Akhirnya aku mengaku dan sebagai hadiah, aku telah menerima 5 kali rotan di tapak tangan ku ( menyamani nilai wang yang aku curi ) dan diasing kan selama 2 hari dari makan bersama - tgk tv bersama dan apa apa ajelah bersama.

SEDIHHHHHHHH SANGAT tapi padanlah dengan muka.

Sehingga kini, aku masih teringat dan menjadikan ia sebagai panduan aku dalam mendidik anak anak agar tidak mengambil wang dari dompet ibubapa melainkan meminta izin terlebih dahulu. Alhamdulillah

Thursday, September 16, 2010

PENAMPAR SULUNG

Bertemu lagi untuk hari ke 2 mengenai lumrah kehidupan dan asam garam kehidupan.

Dalam sejarah kehidupan kanak kanak ku - aku pernah ditampar sekali oleh ayahku. Bukannya kerana aku seorang anak yang degil maupun nakal TETAPI kerana tindakan spontan oleh ayahku akibat terkejut sewaktu aku mengejutnya bangun dari tidor.

SAKITTTTTTT Allah sahaja yang  tahu. Aku terus berlari dan menangis di tepi rumah. Tiba tiba ayahku datang dan memujukku kerana dia tidak sengaja menampar muka ku.

Mulai dari hari itu, aku amat berhati hati sewaktu mengejut ayahku bangun dari tidornya.

DI AWAL KELAHIRANKU

Aku dilahirkan pada 24hb Mei 1968 di Taiping, Perak Darulridzuan. Ketika itu, ibuku terpaksa mengikut ayah yang bertugas di Perak sebagai seorang Polis. Hanya seketika sahaja, kami sekeluarga berpindah ke Alor Star, Kedah. Aku adalah anak yang kedua dari 3 adik beradik dan yang BESTNYE, Aku adalah anak perempuan tunggal ke dua oranggtua ku. Alhamdulillah.



Kehidupan kami dikala itu bolehlah dikatakan agak mewah kerana ke dua dua orangtuaku bekerja kerajaan dan mempunyai pendapatan tetap. Hari berganti hari, bulan berganti bulan, aku membesar bersama sama dengan ke dua dua saudara lelakiku. Alhamdulillah, aku menjadi seorang gadis ( tanpa terpengaruh dengan sifat kelakian adik dan abangku).

Aku dan saudaraku dijaga oleh seorang pembantu rumah yang juga merupakan saudara kepada ibuku. Kami tinggal dikuarters kerajaan yang telah disediakan oleh kerajaan. Syukur. Aku dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh kedua orangtuaku dan juga Mak Su yang terlalu memanjakan aku dengan hadiah hadiah dan juga "kemewahan".

Aku membesar dan menjadi seorang anak / gadis yang disenangi oleh abang abang bujang yang tinggal sederet dengan rumah kami. Mungkin kerana aku Comel ( ahakssss ) dan peramah. Aku juga sering dipilih untuk menjadi Flower Girl tatkala pihak pentadbiran menganjurkan sebarang acara sambutan di kawasan kediaman Aku. Perkara yang masih kekal diingatanku sehingga kini adalah aku menangis tatkala menghulurkan sejambak bunga Mawar kepada Isteri Pengarah. Jari aku tersepit pada pintu sebelum menaiki pentas dan ditambah pula tercucuk dengan duri bunga mawar itu.

Untuk memujukku, isteri kepada Pengaraj tersebut telah menghadiahkan kembali jambangan bunga Mawar kepadaku. Ohhhhhhhh SERONOK tidak terkata dan aku dengan serta merta berhenti menangis malah menjadi bangga serta berlagak dengan rakan rakanku di bawah sana. ( NAMAPUN KANAK KANAK ).

Huarghhhhhhhhh - mengantuk lah pulak. Nanti akan kusambunh kisah seterusnya besok.Mata dah pedih sangat.

GOOD NITE - 17th Sept 2010


MUKADIMMAH

Salam perkenalan kepada semua pembaca blog yang dihormati.

17hb September 2010 , tiba tiba aja, aku terfikir untuk membuat sebuah blog yang berkisar tentang 42 tahun kehidupan lampauku di dunia pinjaman dari Allah s.w.t.

Coretan coretan yang bakal ku luahkan ke dalam blog ku ini, bolehlah dibaca dan mungkin jua dijadikan sebagai pedoman maupun teladan kepada semua.

Yang elok di jadikan panduan
Yang tak elok dijadikan sempadan.

InsyaAllah